Cara Mohon Pinjaman LPPSA Rumah Pertama

cara mohon lppsa rumah

Membeli rumah pertama adalah satu impian besar bagi ramai rakyat Malaysia. Dengan kos sara hidup yang semakin meningkat, memiliki rumah sendiri memberi rasa selamat dan kestabilan. Untuk kakitangan kerajaan, salah satu peluang terbaik ialah dengan menggunakan kemudahan pembiayaan perumahan LPPSA.

Tapi… ramai sebenarnya masih keliru atau tak tahu macam mana nak mula, apa prosesnya, dan apakah syarat sebenar pinjaman LPPSA. Jadi dalam artikel panjang ini, kita akan bongkar segala info penting mengenai LPPSA, langkah demi langkah. 

Apa Itu LPPSA?

LPPSA atau nama penuhnya Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam, adalah satu badan yang menguruskan pinjaman perumahan untuk kakitangan awam. LPPSA menggantikan Bahagian Pinjaman Perumahan (BPP) yang sebelum ini berada di bawah Kementerian Kewangan Malaysia.

Ia bertujuan untuk membantu penjawat awam memiliki rumah idaman melalui skim pembiayaan yang lebih fleksibel dan mengikut keperluan individu.

Siapa Yang Layak Mohon LPPSA?

Nak tahu kelayakan pinjaman LPPSA? Berikut adalah syarat asas:

  • Warganegara Malaysia
  • Kakitangan awam tetap
  • Telah disahkan jawatan (atau ada kelulusan khas)
  • Umur tidak melebihi 90 tahun semasa pinjaman tamat
  • Gaji mencukupi mengikut jumlah pinjaman

Ramai yang keliru sebab fikir hanya guru atau polis saja boleh mohon. Sebenarnya semua penjawat awam layak, termasuk mereka dalam sektor kesihatan, penguatkuasaan, pendidikan dan sebagainya.

Jadi kalau anda penjawat awam dan sedang cari cara beli rumah pertama, LPPSA adalah peluang terbaik yang wajib anda ambil tahu!

Jenis-Jenis Pinjaman LPPSA

Ada beberapa jenis pinjaman yang ditawarkan oleh LPPSA, antaranya:

  1. Jenis 1 : Pembelian rumah kediaman yang telah siap
  2. Jenis 2 : Membina rumah di atas tanah sendiri
  3. Jenis 3 : Pembelian rumah kediaman yang sedang dibina
  4. Jenis 4 : Membeli tanah dengan tujuan membina rumah
  5. Jenis 5 : Menyelesaikan hutang pinjaman perumahan bank atau institusi kewangan
  6. Jenis 6 : Membina rumah kediaman di atas tanah yang dibeli melalui pinjaman Bahagian Pinjaman Perumahan (BPP) / LPPSA
  7. Jenis 7 : Membuat kerja ubah suai rumah atau petak rumah kediaman

Setiap jenis ada dokumen dan syarat tersendiri. Jadi penting untuk tahu kategori mana permohonan anda.

Dokumen Penting Untuk Permohonan

Untuk memohon, pastikan semua dokumen berikut disediakan:

  • Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan
  • Surat pengesahan jawatan
  • Slip gaji 3 bulan terkini
  • Penyata KWSP (jika perlu)
  • Surat perjanjian jual beli
  • Pelan rumah atau pelan binaan
  • Salinan geran tanah
  • Salinan carian terkini hartanah

Tips: Pastikan semua dokumen jelas dan lengkap, sebab banyak permohonan gagal sebab dokumen tak lengkap.

Kalkulator LPPSA – Cara Kira Kelayakan Pinjaman

Nak tahu berapa jumlah pinjaman yang anda layak? LPPSA menyediakan kalkulator pinjaman perumahan yang sangat berguna. Boleh gunakan untuk ketahui:

  • Semak jumlah maksimum layak pinjam
  • Tahu tempoh bayaran balik
  • Bajet ansuran bulanan

Untuk guna kalkulator ini, anda perlu daftar akaun LPPSA terlebih dahulu di portal rasmi LPPSA: https://www.lppsa.gov.my. Selepas daftar, anda boleh akses sistem dan mula buat pengiraan sendiri.

Tapi kalau rasa keliru atau tak pasti cara guna, jangan risau — anda boleh hubungi ejen hartanah berpengalaman atau pihak mortgage specialist yang biasa uruskan permohonan LPPSA untuk bantuan dan panduan lanjut.


Soalan Lazim Tentang LPPSA

1. Boleh tak beli rumah kedua guna LPPSA?
Boleh, tapi hanya jika pinjaman pertama dah selesai. Tertakluk pada kelulusan dan kelayakan.

2. Boleh tak mohon LPPSA untuk rumah lelong?
Ya, boleh. Tapi kena pastikan semua dokumen dan nilai rumah ikut syarat LPPSA.

3. Apa jadi kalau berhenti kerja kerajaan?
Pinjaman LPPSA masih perlu dibayar seperti biasa. Tapi bayaran akan dibuat terus oleh peminjam melalui bank setelah ditukar ke rate bank , bukan melalui potongan gaji.

Kesimpulan: Jangan Tunggu Lagi

Kalau anda masih masih menyewa rumah dan merupakan kakitangan kerajaan – inilah masa terbaik untuk bertindak. Dengan kadar faedah tetap, bayaran bulanan yang stabil, dan pelbagai kemudahan, LPPSA memang jalan terbaik untuk miliki rumah sendiri.

Jangan tunggu sampai harga rumah makin naik. Gunakan peluang yang kerajaan sediakan ni.


Nak bantuan mohon LPPSA? Kami sedia bantu dari A sampai Z – semakan kelayakan, isi borang, susun dokumen, sampai lulus!

👉 Klik sini untuk team kami bantu anda sekarang: Konsultant TMS

Idris mokhtar

Share :
100% Percuma Semak Melalui TMS
Dapatkan Semakan Kelayakan Loan Rumah & Nilai Terkini Rumah 
Borang Kelayakan Loan

Terima kasih , Konsultan TMS akan hubungi anda untuk dapatkan dokumen ini untuk semakan lebih lanjut

Dokumen yang diperlukan:

1. Slip gaji 3 bulan berturut-turut terkini
2. CCRIS report terkini

Diminta untuk sediakan ye !

Bacaan Berkaitan

Inginkan Perubahan Kewangan?

Kami bantu rancangkan pembiayaan & kewangan anda, hubungi kami 
Total Mortgage Solution
Kami menguruskan pembiayaan perumahan bank & LPPSA dengan mendapatkan pakej pembiayaan rumah komprehensif melalui bank selian BNM. Serta pembiayaan perniagaan untuk modal perniagaan

Servis Kami
  • Pembiayaan Rumah Bank  & LPPSA
  • perkhidmatan takaful
  • insurans MLTT
  • insurans Am
  • penjanjian Guaman perumahan
Hubungi Kami
No.52-3A Dataran Otomobil, Jalan Pahat G 15/G, Seksyen 15, 40200 Shah Alam, Selangor.
Phone: 03-5545 6636.
Email : hai.tmsadvisor@gmail.com
Ikuti Kami:
© 2024 Teras Maju Setia Sdn Bhd (1315683-H).  All Rights Reserved.