Dalam agreement loan rumah, ada 2 jenis takaful atau insurance.
Biasa dengar MRTT atau MLTT kan ?
Ini adalah perlindungan atas baki hutang loan andai berlaku sesuatu kepada peminjam.
Peminjam sudah menyahut seruan ilahi, MRTT@MLTT akan bertindak untuk cover dan langsaikan baki loan rumah.
Ikut la kalau coveragenya 100%, maka baki langsai semua.
Kalau tak, tengok coverage. Sekiranya ‘coverage’ tidak penuh jadi ada baki loan yang perlu dilangsaikan secara tunai oleh waris,
Antara lain boleh juga ditambah dengan perlindungan hibah , MLTT atau Life takaful untuk langsaikan baki yang tidak cukup dengan MRTT yang disediakan pihak bank.
Rancang terlebih dahulu semua ini sebelum terjadi sesuatu di masa hadapan.
Ini adalah perlindungan terhadap rumah sekiranya berlaku kecelakaan sehingga hilang fungsi rumah sebagai tempat berteduh.
Rumah terbakar, dah tak boleh duduk.
Rumah tangki air pecah, dinding habis runtuh tak boleh duduk.
Jadi, fire takaful akan bertindak beri ‘coverage cost’ untuk membaik pulih rumah supaya boleh diduduki semula. Pihk takaful akan hantar pihak penilaian untuk menilai kerosakan rumah atas sebab kecelakaan kebakaran atau sebaliknya.
Sekiranya pihak takaful berpuas hati, kos membaik pulih rumah akan diberikan berdasarkan perlindungan yang diambil
Senang kira, MRTT beri perlindungan baki loan. Manakala fire takaful adalah perlindungan kepada rumah disebabkan kecelakaan terutamanya kebakaran.
Habis untuk diri sendiri macam mane?
Anda boleh la ambik perlindungan takaful di luar sana.
Sebut je nak perlindungan macam mana.
Jadi anda perlu fham perlindungan apa yang yang anda ambl untuk kegunaan apa, bagaiman, waktu mana.
Jelas jenis perlindungan ini, lebih jelas perancangan perlindungan anda.
Tak gitu?