Ini adalah kekeliruan yang sering berlaku kepada pemohon pembiayaan rumah tentang berapa jumlah sebenar pembiayaan yang perlu dibayar semula.
Dalam tawaran pembiayaan rumah, bank bukan sahaja memberi pembiayaan rumah bahkan bank juga memberi pembiayaan untuk guaman, penilaian rumah dan perlindungan takaful/insurans rumah.
Tertakluk pada tawaran tambahan yang bank tawarkan setiap bank.
Setiap bank menawarkan tambahan yang berbeza, apa yang bank A tawarkan mungkin tidak sama dengan tawaran bank B.
Untuk lebih faham tentang pembiayaan prinsipal yang bank tawarkan, kita ambil salah satu contoh tawaran yang diberikan kepada salah seorang pemohon dari kami.
Dapat kelulusan pembiayaan dari bank diterakan secara ringkas begini:
Kelulusan Jualan Rumah : RM126,000
Tambahan pembiayaan
1. Takaful /Insurace : RM 5,941
2. Guaman : RM 45,63.04
3. Penilaian rumah : Rm 1,000
Total Loan amount : RM 137,504
–
Jadi berapa jumlah pembiayaan prinsipal yang perlu dibayar semula ke bank yang mana satu ?
Jumlah pembiayaan prinsipal adalah jumlah keseluruhan pembiayaan dari jumlah jualan rumah, takaful , guaman dan penilaian rumah
Jadi melihat pada contoh ini Jumlah ‘total loan amount’ adalah : RM 137,524. Ini adalah jumlah pembiayaan prinsipal yang perlu dibayar semula.
Walaupun jumlah jualan rumah hanya RM 126,000, namun disebabkan bank juga telah memberi tambahan tawaran lain menyebabkan jumlah pembiayaan prinsipal turut meningkat.
Oleh itu anda perlu sedikit peka berkaitan ini, untuk mengelakkan terkejut di masa hadapan.
“Ek rumah saya RM 126,000 je kenapa prinsipal saya RM 137,504”
haa, jangan begitu
Ok ?